top of page

SYARAT-SYARAT PENGEDAR

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat Hajihar Trading Sdn Bhd kepada semua bakal-bakal Pengedar dan harusnya memahami segala yang telah ditetapkan.

  1. • Anda perlu membuat permohonan di  ibu pejabat HAJIHAR TRADING SDN BHD atau secara online di laman web syarikat www.hajihar.com .
  2. • Pendaftaran & Permohonan adalah PERCUMA dan perlu sertakan nama penuh, alamat, no. IC serta nombor telefon.
  3. • PENGEDAR  tidak semestinya  mempunyai premis perniagaan tetapi digalakkan untuk mempunyai tempat simpanan yang bersesuaian.
  4. • Kadar komisen PENGEDAR adalah diantara 30%-50% dari harga pasaran bergantung kepada produk yang diambil.
  5. • Jumlah pesanan untuk kali pertama adalah barangan berjumlah RM740 dengan harga untuk PENGEDAR (Produk Al hajj Perfume EDP + Tester sahaja untuk permulaan termasuk kos penghantaran).
  6. • Tempahan perfume hendaklah dibuat melalui borang yang disediakan atau melalui laman web
  7. • Untuk pesanan ulangan minimum tempahan adalah RM300 keatas.
  8. • PENGEDAR akan diberi 2 kotak kad nama dan flyer secara PERCUMA.
  9. • PENGEDAR layak untuk melantik agennya sendiri dimana-mana seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
  10. • Agen-agen yang dilantik oleh Pengedar  adalah dibawah tangungjawab Pengedar dan syarikat tidak terlibat secara langsung
  11. • Kos penghantaran bagi pembelian seterusnya akan ditanggung oleh pihak PENGEDAR mengikut berat barangan tersebut melainkan anda datang mengambil sendiri stok anda.
  12. • Jika Pengedar melantik Pengedar akan diberikan Bonus RM50.00 bagi setiap lantikan dibawah Pengedar dan akan dibayar sekali sahaja.
  13. • Pengedar akan berurusan terus dengan pihak syarikat dalam sebarang urusan pembelian dan lain-lain urusan
  14. • Nama-nama PENGEDAR akan kami iklankan di website kami.
  15. • Nama-nama PENGEDAR akan kami iklankan di majalah serta suratkhabar dimana iklan kami didapati.
  16. • Pengedar hendaklah jujur dan bertanggungjawab dalam menjalankan sebarang urusniaga dan pemasaran produk keluaran hajihar Trading Sdn Bhd
  17. • Jika didapati Pengedar melanggar tatacara yang tidak sepatutnya dan memberikan gambaran negatif kepada masyarakat luar maka pihak syarikat berhak untuk membatalkan pelantikan sebagai Pengedar.
  18. • Pengedar juga perlu membuat belian semula dalam tempoh 1 bulan untuk memastikan status Pengedar sentiasa aktif.
  19. • Jika tiada sebarang belian semula dalam tempoh 2 bulan maka secara automatik status Pengedar akan dibatalkan dan dikeluarkan dalam senarai syarikat
  20. • Pengedar hendaklah rajin berusaha untuk mempromosikan produk dengan kaedah sendiri dan syarikat akan membantu dari masa semasa mengikut kemampuan 
  21. • Sebarang perubahan dan maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa kesemasa melalui laman web, email, surat atau telefon
bottom of page