
Hajihar Trading Sdn Bhd
Alami Rahsia Wangian Abadi Sepanjang Hari

PROFIL SYARIKAT
Diperbadankan pada 25hb Februari 2010 setelah dinaiktaraf dari enterprise ke syarikat bersekutu. Dianggotai empat orang pengarah. Modal berbayar dan dibenarkan ialah RM100,000.00.
Antara produk-produk yang dikeluarkan ialah Minyak Wangi, Detergen, Kosmetik dan Dandan diri. Syarikat ini beroperasi di No 9, Jalan Sutera 1, Taman Sutera , Sungai Petani, Kedah Darulaman.
Secara tidak langsung, syarikat Hajihar Trading sebelum dinaiktaraf telah pun beroperasi awal setahun dengan menghasilkan produk detergen yang dibangunkan secara trading dan dijual secara borong dengan harga yang paling minimal. Antara jenama digunapakai ialah sabun serbaguna cap helang yang dijual dengan harga RM3.00 sekilo.
Walaupun telah dihentikan pengeluarannya kerana syarikat lebih menumpukan pengeluaran produk Orybiz yang dijalankan secara MLM atau jualan berperingkat namun permintaannya masih ada dari para pengguna yang pernah menggunakan produk tersebut.
Secara keseluruhannya, syarikat Hajihar Trading Sdn Bhd merupakan syarikat induk kepada 2-3 syarikat yang lain telah dan pernah memperolehi pendapatan mencecah RM 1.1 juta dalam tempoh 5 bulan operasinya.
Kini syarikat lebih menumpukan pengeluaran produk minyak wangi tanpa alkohol dan TERKINI dalam bentuk EDP 13ml spray yang mana wangian dihasilkan adalah hampir 99% dari keluaran orignal.
NAMA SYARIKAT : HAJIHAR TRADING SDN BHD
NO. SYARIKAT : 890309-X
ALAMAT : NO 9 LORONG SUTERA 1, TAMAN SUTERA 08000 SUNGAI PETANI KEDAH
NO. TELEFON : 04-4254424
NO. FAKS : 04-4254424
E-MAIL : hajihartrading@gmail.com
WEBSITE : www.hajihar.com
BIL. PENGARAH : 4 ORANG
PENASIHAT PRODUK
Prof Dr Zainal Abidin bin Ahmad adalah penasihat dan pakar kimia yang membuat dan memastikan produk keluaran Hajihar Trading Sdn Bhd adalah setanding dengan pasaran luar disamping itu produk yang dihasilkan adalah berlainan dari pesaing.
Kerjasama yang terjalin memberikan kelebihan kepada syarikat untuk memasarkan produk terbaik dan berkualiti pada harga yang berpatutan.
BIODATA
Nama : Prof Dr Zainal Abidin bin Ahmad
Kelulusan : PhD USM, M.Sc USM, B.E.(Checm) UKM, DIP (Food & Tech) Uitm
Tempat Tinggal : Sungai Petani Kedah
Pengalaman : Membuat pelbagai produk kepada syarikat-syarikat luar seperti Direct Cycle Sdn Bhd, Natasya, Aura Life Sdn Bhd, One Drop Perfume, dan banyak lagi.